TIDAK MENJAGA PEMAKANAN, RAKYAT MALAYSIA DIANCAM DIABETES

kencing manis / diabetes memang dah sinonim dengan rakyat Malaysia.. kan ? hee~ tak kira pangkat - darjat - usia - jantina.. main sapu bersih.. kenapa eh ? padahal dah banyak iklan mengenai kencing manis merata-rata iklan dan media.. ke orang Malaysia ni terlampau kebal dan tak takut sakit ?


kakak ada berborak dengan kawan-kawan sealiran.. hee~ SID le tu.. dan ada satu status seorang penjawat awam berjawatan DOKTOR menarik perhatian kakak.. dan.. ia menjadi tular..


bila saya jumpa patient diabetes, terutama sekali yang didiagnose pada umur yang muda,
( definisi muda saya ialah bawah 35 tahun ) saya akan korek lagi cerita silam mereka..

soalan wajib saya..

boleh share tak apa yang u makan sehari2 sampai 
boleh dapat diabetes pada umur yang muda...

TRUE STORIES

1 : 30 tahun, kerja jual nasi lemak.. hari-hari secara purata akan minum 1.5 litre 
teh o sepanjang bekerja.. mengamal cara hidup begitu selama 4 bulan 
sehingga di sahkan diabetes..

2 : 31 tahun, executive.. gaya hidup suka minum coolblog dan chatime 
( 1 week atleast 2 or 3 times ), kek seminggu sekali , ice cream seminggu sekali, 
chocolate lebih kurang hari hari..
8 bulan.. diagnose diabetes..

3 : 27 tahun, jurutera.. memang suka minum coke.. boleh kate seminggu 
4 ke 5 tin coke itu pasti.. frappucino starbucks semasa hari minggu bila keluar dengan 
kawan kawan.. 6 bulan diagnose diabetes..

sudah terang lagi bersuluh, cara pemakanan kita akan memepengaruhi kesihatan kita.. 
dan saya rasa cara pengambilan makanan seperti 3 contoh di atas ni 
menjadi norma masyarakat sekarang.. tak perlu setahun pun hidup macam ni, 
dan dah dapat diabetis

coconutshake double scoop ice cream with whip cream
burger bakar with tripple cheese
milkshake with extra nuttela chocolate and chocolate sprinkle
cakoi peanut butter

sedap memang la sedap..
tapi you are slowly killing yourself..

kalau kita tak tukar cara pemakanan kita, tak terkejut la klinik diabetes saya akan 
dibanjiri pesakit2 muda diabetis.. 
dan lagi mengerikan ialah komplikasinya sendiri..


**kakak telah mengubah sedikit saiz font - noktah - koma - ejaan.. 
namun ianya tidak menjejaskan maksud yang disampaikan oleh Dr Ain Mohd Ghazali..


setiap kali kakak bercerita pasal Set Diabetes Shaklee, mesti kakak akan tekan kan tentang pemakanan.. kan ? kan ? kan ? tapi kakak tau ade yang sambil lewa dan lansung tidak mengendahkan.. hee~ biasa la.. rakyat Malaysia kebal..


memang tak dapat dinafikan, keturunan juga menjadi salah satu faktor korang menghidapi kencing manis.. tapi boleh dikawal / dirawat.. bukan nye dah tau keturunan memang ade kencing manis, korang pun ikut menempah nak ade kencing manis sama dengan diet yang tidak seimbang..


RISIKO DIABETES

sesiapa sahaja boleh mendapat diabetis tetapi sesetengah orang lebih mudah mendapat diabetis. faktor risiko diabetis ialah :

  • kegemukan
  • kurang aktiviti fizikal seperti senaman
  • faktor pemakanan seperti :
    • - pengambilan lemak berlebihan dalam makanan 
    • - pengambilan serat yang tidak mencukupi 
    • - kurang zat makanan di peringkat awal umur 
    • - kelahiran yang tidak cukup berat
  • sejarah keluarga yang menghidap diabetis
  • umur
  • kumpulan etnik  

GEJALA DIABETES

  • kerap dahaga
  • kerap kencing
  • susut berat badan walaupun berselera makan
  • terasa letih atau lesu
  • luka dan cedera yang lambat sembuh
  • gatal-gatal terutamanya di bahagian kemaluan

BOLEHKAN DIABETES SEMBUH ?

diabetes tidak boleh disembuh, tetapi boleh dikawal.. untuk mengawal diabetes, kadar glukosa dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar yang biasa ( normal ).. 6 faktor ni perlu dititik beratkan :
  • ubat.
  • pemakanan sihat.
  • penjagaan berat badan.
  • bersenam selalu.
  • elakkan jangkitan.
  • vitamin.
BACA SINI --> TIPS MENGELAK DIABETES

ubah diet pemakanan dan mula bersenam untuk keseimbangan kesihatan.. hee~ kakak kalau dapat membebel tak kira masa.. mahap la ye.. 

2 comments:

  1. memang bahaya diabetes ni.airah pun kadang2 risau sebab suka minum ice blended yg manis2 tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ tabiat pemakanan yang tak sihat tu kena kawal dik.. akak pun suka manis manis tapi biar jek la manis kat senyuman.. hahahaha~

      Delete

Powered by Blogger.