MALAM PENGHARGAAN SUKARELAWAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA 2018

Menjadi salah seorang saksi yang turut sama meraikan para sukarelawan dan pekerja yang membanting usaha dalam menjayakan misi kemanusiaan untuk mengubah masa depan, sekali lagi Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia ( MVM ) mempertaruhkan sebelas anugerah yang menjadi pemangkin semangat sukarelawan untuk terus berkhidmat.

muslim_volunteer_malaysia

Sempena sambutan keempat tahun penubuhan MVM pada 30 Disember 2018, sebuah majlis makan malam telah diadakan untuk meraikan Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 ( VAA ) yang bertempat di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang untuk meraikan orang awam, sukarelawan MVM, keluarga asnaf, penaja, rakan NGO, rakan media dan selebriti.

Majlis yang berlansung selama 3 jam diacarakan oleh Da’i Izhar sedikit sebanyak menceriakan suasana dewan yang dihadiri hampir 800 orang tetamu.

presiden_muslim_volunteer_malaysia

Menarik perhatian tetamu, Presiden MVM ; Tuan Muhammad bin Jantan turut merasmikan tiga inisiatif baharu MVM sempena tahun 2019 iaitu :

  • Pusat Tuisyen Salam
    • Inisiatif untuk memberi Pendidikan kepada anak-anak asnaf Pure Heart secara PERCUMA
    • Turut dibuka untuk orang awam dengan bayaran yang berpatutanSistem Auto Debit Sumbangan

  • Alternatif lain yang diusahakan untuk memudahkan orang awam menghulurkan sumbangan untuk program-program kebajikan dan misi kemanusiaan anjuran MVM secara tetap pada setiap bulan



  • Projek Penulisan #PenaMVM
    • Projek untuk mencungkil bakat penulisan dikalangan sukarelawan MVM dengan cara menghantar artikel / cerita berdasarkan topik yang dikeluarkan pada setiap bulan

program_muslim_volunteer_malaysia_2019

Menjadi kemuncak majlis apabila Tuan Islahuddin yang juga merupakan Penolong Pengurus Program dan Komunikasi MVM membentangkan Takwim Program MVM untuk tahun 2019 secara eksklusifnya. Menyasarkan 118 program kebajikan dan kemanusiaan yang merangkumi 90 % dalam Malaysia dan 10 % di luar negara MVM yakin dapat menyebarkan kebaikan dalam setiap misi bagi membantu mereka yang memerlukan.


VOLUNTEER MVM APPRECIATION AWARD 2018 ( VAA 2018 )


Bagi menghargai jasa sukarelawan MVM, pekerja MVM dan juga keluarga asnaf, VAA 2018 mempertandingkan enam anugerah iaitu :

  • Anugerah Jasa Bakti
  • Anugerah Inspirasi
  • Anugerah Sukarelawan Harapan
  • Anugerah Institusi Harapan
  • Anugerah Sukarelawan Siswa
  • Anugerah Di Sebalik Tabir

volunteer_mvm_appriciation_award_2018

Manakala lima anugerah khas diberikan kepada sukarelawan MVM yang paling komited dalam menjalankan tugas keluarga asnaf MVM dan juga idola sukarelawan negara iaitu :

  • Anugerah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah
  • Anugerah Prof. Dr. Muhaya
  • Anugerah Inspirasi Pure Heart
  • Anugerah Inspirasi Keluarga Mithali
  • Anugerah Top Seller Jualan Tiket VAA

Pertama kali dalam sejarah, MVM memperkenalkan Anugerah Tokoh Kemanusiaan dan telah menobatkan Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman iaitu Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia ( WADAH ). Tahniah untuk ke semua penerima anugerah dan diharap anugerah yang diterima menjadi pemangkin semangat untuk terus berjuang menyebarkan kebaikan kepada orang sekeliling.

Dalam kemeriahan dan keseronokan menjulang para pejuang kerja amal, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan dari selebriti tempatan iaitu Lah Ahmad dan kumpulan Inteam yang pernah popular dengan lagu Kasih Kekasih.

sukarelawan_mvm

Tidak tamat di situ, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan dari selebriti tempatan iaitu Lah Ahmad dan kumpulan Inteam.


FIVE MINUTES THAT COUNTS


Tidak melupakan saudara-saudara pelarian Syria yang kini berhadapan dengan cuaca sejuk di kem pelarian Syria, MVM telah mengadakan slot Five Minutes That Counts dimana kutipan dana dijalankan dalam tempoh 5 minit sahaja untuk menyalurkan ke Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 3.0.

sumbangan_muslim_volunteer_malaysia

Sangat terharu apabila sumbangan yang dikutip selama 5 minit pada malam tersebut mencapai RM 4,755.70 membuktikan kesedaran rakyat Malaysia umumnya dan para tetamu khususnya – betapa penting memikul berat perasaan yang sama dengan mangsa yang mengalami keperitan ujian. In shaa Allah, semoga urusan kita dipermudahkan untuk meneruskan legasi kerja amal sebegini.

Semoga segala usaha dan komitmen yang diberikan menjadi saham di akhirat.


SUKARELAWAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA ( MVM )


MVM sentiasa membuka peluang untuk orang awam mendaftar sebagai sukarelawan bagi mengembleng tenaga dan usaha membantu mereka yang memerlukan.



sukarelawan_muslim_volunteer_malaysia

Terima kasih untuk penaja-penaja yang sudi bekerjasama iaitu :

  • Penaja Emas : Fadeco Group
  • Penaja Perak : Global Peace Mission  Malaysia
  • Penaja Gangsa : Prof Muhaya Eye & Lasik Centre
  • Penaja Tempat : Bizmilla Catering
  • Penaja Hadiah :
    • Tudung Siti Murni
    • Vevious Malaysia
    • Inteam Records
    • Izz Dew Florist
    • Syabab Cookies

MVM masih memerlukan sumbangan untuk menjalankan 118 program pada tahun 2019 dan sumbangan dari anda sangatlah dihargai. Untuk sumbangan dan butiran di bawah mungkin dapat membantu.

NAMA PERTUBUHAN : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
AKAUN MAYBANK : 56480 164 7699
AKAUN CIMB : 8602 5378 07
AKAUN BANK ISLAM : 1230 0010 0030 65

SUMBANGAN TERUS : https://donation.mvm.org.my/

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan, boleh diajukan melalui :

EMAIL : salam@mvm.org.my
HOTLINE : 03-8074 0434
ALAMAT : Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor Darul Ehsan

LOVE ;
ATIE ADNAN

3 comments:

  1. Bestnya kalau boleh join volunteer, tapi by now hanya berdoa supaya lebih ramai terbuka hati untuk daftar sebagai sukarelawan muslim ni.

    ReplyDelete
  2. Walaupun sedikit bantuan untuk kita tapi jika ramai,ia sangat berharga. Pahala tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.