TUDUNG BAWAL MUDAH BENTUK DARI HERMANAS X ADIRA
Susah sebenarnya menjadi seorang ATIE ni, dari hujung kepala hingga lah ke hujung kaki mahu nampak sempurna walaupun serba ringkas termasuklah pemilihan fabrik untuk keselesaan mahkota wanita berhijab – seperti kakak !!
Memang tak beri peluang untuk jenama-jenama anak Melayu berkembang pesat dengan bahagia, kakak mengambil kesempatan untuk sama-sama duduk dalam Majlis Pelancaran Hermanas X Adira yang telah berlansung baru-baru ini. Hee~ Kasar bunyinya kan ?
KLIK SINI --> CANTIKNYA KOLEKSI HERMANAS RAYA 2019 !!
KOLEKSI RAYA HERMANAS X ADIRA
HERMANAS yang bermaksud SISTERS / KAKAK dalam bahasa Latin sekali lagi menmpah nama dalam industri mahkota wanita berhijab dengan memperkenalkan produk terbaharu keluaran mereka yang memberi kelainan kepada pemakai disamping mengekalkan identiti si pemakai.
Menampilkan 12 koleksi menarik, Hermanas telah melantik Adira Suhaimi sebagai rakan kerjasama dan duta untuk sama-sama menaikkan jenama tersebut disamping memberi kepuasan kepada pelanggan dari segi jenama, kualiti dan juga harga. Dengan menyediakan lebih 40 kombinasi warna, Hemanas X Adira yakin mampu menembusi pasaran kerana tidak banyak jenama yang ada di Malaysia berani mengambil risiko dengan menggunakan fabrik premium dan menjualnya pada harga yang mampu milik.
Hee~ Kelakar kan bila masih ada yang mempersoalkan perihal fabrik. Ya !! Kakak salah seorangnya.
“Bawal Hermanas sangat berbeza dari bawal yang sedia ada di pasaran kerana
material yang digunakan adalah material yang diperbuat khas untuk Hermanas iaitu
Hermanas Premium Cotton Voile, ia sangat senang bentuk, tidak mudah kedut,
'on point' sentiasa. Dan paling istimewa harganya juga sangat berpatutan..”
material yang digunakan adalah material yang diperbuat khas untuk Hermanas iaitu
Hermanas Premium Cotton Voile, ia sangat senang bentuk, tidak mudah kedut,
'on point' sentiasa. Dan paling istimewa harganya juga sangat berpatutan..”
- Encik Syed Zulhilmi Tuan Syarif
KLIK SINI --> NAK BELI HERMANAS RAYA PLISSSSS--
Menggunakan material Cotton Voile yang mudah dibentuk dan tidak panas, memberi peluang untuk Hermanas memonopoli pasaran tudung bawal dengan mudah. Ye lah, dengan cuaca tempatan yang tidak menentu sudah tentunya pengguna akan mencari keselesaan lebih dari nilai harga dipasaran. Ya !! Kakak juga lah tu.. Hahahaha~
Meletakkan keyakinan penuh pada personaliti dan populariti Adira Suhaimi sebagai duta untuk koleksi Raya 2019, Hermanas yakin dapat menembusi pasaran yang lebih luas seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Australia dan Arab Saudi.
FAKTA : Fabrik VOILE adalah kain lembut yang biasanya diperbuat dari 100% kapas
atau kapas dicampur dengan linen / polister. Material yang ringan dan sangat sesuai
dengan iklim tropika. Mempunyai kualiti semitransparent yang memberi kesan
jatuhan ( drape ) lembut, mudah diperagakan dan cantik sekiranya dijadikan
pakaian ataupun tudung.
atau kapas dicampur dengan linen / polister. Material yang ringan dan sangat sesuai
dengan iklim tropika. Mempunyai kualiti semitransparent yang memberi kesan
jatuhan ( drape ) lembut, mudah diperagakan dan cantik sekiranya dijadikan
pakaian ataupun tudung.
Sesuailah untuk kita jenis yang lasak dan dalam masa yang sama confident nak cantik ha. Hermanas dah bagi jawapan terang-terang tu. Hee~ Pakai Hermanas confirm cantik sepanjang hari tanpa perlu betul-betul kan tudung setiap masa.
TUDUNG BAWAL UNTUK DILELONG !!
Mengambil berkat bulan Ramadhan, pihak Hemanas juga membuat lelongan tudung bawal yang telah ditandatangan oleh Adira dengan menyumbangkan hasil lelongan kepada badan kebajikan yang memerlukan dan harga lelongan bermula dari RM 1,000.00. Sambil membeli, sambil beramal dan merebut pahala bersedekah.
Sebagai peminat tudung bawal ( segi empat sama ), kakak bukan sahaja menitik beratkan soal tak – payah – tiup masa nak bentukkan tudung tapi material yang ringan dan tebal disamping bidang yang lebar juga sangat penting bagi menepati ciri-ciri yang kakak mahukan. Susah ? Tak lah. Kalau kena dengan kualiti dan harga, kakak confirm beli.
DAN !!
Dapatkan koleksi eksklusif ini sementara masih ada stok tau. Hee~ Sok-sok kalau dah habis stok jangan menangis tepi bucu katil plak. Sebab kalau korang beli sehelai pun dapat FREE postage, kalau beli banyak pun dapat FREE postage, kumpul order ramai-ramai dan kita adalah HERMANAS !!
PROMOSI
1 HELAI = RM 69.00
3 HELAI = RM 197.00
Untuk melihat pelbagai koleksi Hermanas X Adira, korang boleh singgah ke :
29-1 Jalan PJU 5/20E,
The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Atau hubungi :
HOTLINE : https://whatsapp.com/60103348784
LAMAN WEB : https://www.hermanas.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/hermanasdotmy
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/hermanas.my
LOVE ;
ATIE ADNAN
Eh cantik pulak corak bawah yang bunga and first tu. Tapi tudung yang helok and on point memang criteria penting kalau beli tudung.
ReplyDeleteye wak.. sama lah kita.. hee~ kalau tudung tak behave, mood pun boleh kacau tau..
DeleteWei nak raya ne kena sangat grab selai dua 😍
ReplyDeletekena grab awal, takut nanti habis.. hee~
DeleteCantik design2 tudung bawal tu. Terbekenan kita tgk.
ReplyDeletememang cecantik wak.. material dia pun best sangat..
DeleteMemang cantik & mudah dibentuk! I olss suka
ReplyDeletehee~ betul tu.. memang kriteria tudung yang ramai wanita perlukan..
DeleteI memang suka bawal printed. Tapi agak susah nak cari yang jenis mudah bentuk. So far asyik jumpa yg mudah kelepet je
ReplyDeleteini tak kelepet wak.. hee~ tak payah tiup jugak..
DeleteAdira dah buat comeback. Rindu nak tengok dia slalu.hehe. mmg minat die. Tengok plak koleksi tudung x adira. Tak boleh tahan ni nak jugak.
ReplyDeleteha.. dia pregnant pun manis wak.. friendly sangat.. hee~
DeletePewitt mesti menawan atie dihari raya nanti demgan tudung yang lawa ni
ReplyDeletehahahaha~ semua wanita berhak dipewit kan ya.. awak dah ada selai dua ke ? hee~
DeleteCantik jugak design nya... harga standard mcm tudung lain.. berkenan yg hijau maroon tu
ReplyDeletehaa.. boleh lah sambar barang selai dua kak.. hee~ material dia tu memang lain dari yang lain..
DeleteCantik²nya design dia... Jarang beli bawal yg material selain cotton.. Mgkn boleh beli utk raya ni.. Hehe
ReplyDeletehaa.. dah sampai masa untuk mencuba yang lain ya.. hee~
Deleteada tengok adira pkai kat melodi tadi, memang cantik! sha suka juga tudung jenis viole ni
ReplyDeletejensi voile ni tak melekat antara satu sama lain.. akak pun suka.. hee~ rasa tudung tu bebas terbang.. haa..
Deletelawanya tudung ni
ReplyDeletetudung je ke ? ahahahaha~ puji lah akak skali..
Deletelawa, senang pula nampak membentuknya tu
ReplyDeleteye dik.. memang mudah nak bentuk.. hee~ akak ni cerewet sket.. mood cepat berubah kalau tudung tak behave..
DeleteTak mudah kedut yang menjadi pilihan ramai..
ReplyDeleteAmvoiii! tajam terbentuknya tudung bawal seorang Atie tu
ReplyDeletetudung bawal printed is da best y'all tapi kalau ada custom print lagi best
ReplyDelete