SOPHEA MEMBERI ALTERNATIF UNTUK PASANGAN MENIMANG CAHAYA MATA

Zaman serba canggih dan pelbagai teknologi dan juga cara yang boleh dilakukan untuk pasangan mendapatkan zuriat dari darah daging sendiri dan di Sophea Fertility Centre yang menawarkan hospitality berlandaskan Islam khusus untuk pasangan Muslim yang mahu berusaha mendapatkan zuriat.

kos ivf 2019

Menjadi impian semua pasangan yang sudah diijab kabulkan untuk menambah bilangan ahli keluarga dan merasai kehidupan bahagia bersama keluarga namun masih belum dikurniakan rezeki. Kalau setahun dua mungkin tidak menjadi perbualan dan menimbulkan tanda tanya tapi apabila menyentuh sensitiviti berkenaan dengan MASALAH KESUBURAN – sudah pastinya ada yang tawar hati dan menyalahkan diri sendiri ataupun pasangan.


SOPHEA FERTILITY CENTRE



Walaupun ada yang mengaitkan faktor kesuburan malah ia bukanlah faktor utama. Nah !! Terfikir tak mungkin rutin harian yang sibuk dan juga isu pengambilan makanan harian ataupun makanan tambahan memberi kesan yang tidak elok untuk kesihatan.

harga ivf 2019

Sophea Fertility Centre yang terletak di Jalan Gasing, Seksyen 5, Petaling Jaya merupakan salah satu pusat perkembangan kesuburan yang berlandaskan Islam dan menepati syarak turut menekankan usaha yang dilakukan bertepatan dengan ajaran agama Islam bagi membantu pasangan yang mahu menimang zuriat dari darah daging sendiri tetapi tidak mendapat pendedahan dan mungkin segan untuk mencuba rawatan lain. Sophea sentiasa berada dibarisan hadapan untuk menguasai teknologi terkini dalam bidang fertiliti dengan berganding bahu bersama kumpulan pakar fertiliti dari New Zealand, – Fertility Associates bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan berlandaskan piawaian antarabangsa.

Mengikut garis panduan syarak yang diunjurkan untuk orang Islam mengikut Maqasid Syariah yang telah mendapat persetujuan melalui Muzakarah dari Majlis Agama Islam Malaysia yang menggariskan :

  • Muzakarah ke-5 ( 1982 ) telah menggariskan yang hokum rawatan IVF, di mana embrio yang terhasil dari persenyawaan telur dan sperma dari pasangan suami isteri yang sah adalah Harus.
  • Muzakarah ke-55 ( 2003 ) telah menetapkan yang pemindahan embrio ke dalam rahim isteri setelah kematian si suami adalah tidak dibenarkan.
  • Muzakarah ke-56 ( 2006 ) telah bersepakat yang persenyawaan telur yang telah dihasilkan sebelum perkahwinan yang sah, dengan sperma suami adalah haram walaupun proses persenyawaan itu telah dilakukan setelah ijabkabul dilaksanakan.
  • Muzakarah ke-80 ( 2008 ) telah menetapkan yang ‘ibu tumpangan’/ “ surrogacy” adalah haram walaupun embrio itu telah dihasilkan dari sperma dan telur dari pasangan suami isteri yang sah.
  • Rawatan kesuburan hendaklah dilakukan di antara pasangan suami isteri tanpa ada individu ketiga. Ia juga mesti dilakukan di dalam tempoh perkahwinan, bukan sebelum atau sesudah kematian si suami.

Maqasid Syariah

Antara rawatan yang ditawarkan oleh Sophea Fertility Centre adalah seperti Preimplantation Genetic Screening ( PGS ), IVF ( In Vitro Fertilization), IUI ( Intrauterine Insemination ) dan juga ICSI ( Intracytoplasmic Sperm Injection ) disamping konsultasi dan khidmat nasihat tentang permasalahan ovulasi dikalangan wanita. Kiranya Sophea memang menyediakan perkhidmatan untuk kedua-duanya iaitu untuk SUAMI dan ISTERI bagi mencapai matlamat.

Bagi memastikan hanya perkhidmatan yang terbaik dari Sophea, segala aturan kerja dan makmal adalah mengikut protokol yang telah diiktiraf oleh badan piawaian antarabangsa dari Reproductive Technology Accreditation Committee ( RTAC ), Australia dan sudah pastinya tenaga kerja di Sophea adalah tenaga kerja yang berpengalaman.

Sophea Fertility Centre

Menurut Dr. Norazlin Rosli yang juga merupakan Pengarah Perubatan Pakar Fertiliti & Sakit Puan di Sophea yang sangat telus dalam melakukan prosedur bersesuaian untuk pesakit memastikan setiap pesakit menerima HAK mereka selayaknya mengikut tetapan dalam agama Islam dan tiada sebarang sentuhan antara doktor dan juga pesakit lelaki. Kebanyakan dari pesakit mula peka apabila usia menginjak hampir 40 tahun dan ada beberapa kes sudah mencecah 40 tahun di mana pengeluaran telur dan sperma terganggu. Dr. Norazlin sendiri menyarankan kepada pasangan yang masih berusaha mendapatkan zuriat mengunjungi Sophea untuk melakukan ujian tahap kesihatan dan mendapat khidmat nasihat bagi mengetahui rawatan yang sesuai mengikut kondisi pesakit dan juga penyakit yang mungkin dihadapi oleh pesakit serta pasangan.

Mengukuhkan pendapat Dr. Norazlin – bukan semua orang mempunyai masalah yang sama dan kalau tak semak secara teliti pasti ada maklumat tercicir ataupun tidak selari dengan tahap kesihatan pesakit.


FESILITI DI SOPHEA FERTILITY CENTRE



Berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan, Sophea telah menyediakan kemudahan yang sangat selesa seperti ruangan solat, bilik istirehat, tandas dilengkapi bilik mandi dan semuanya di bawah satu tempat yang tak perlu untuk pesakit ataupun pasangan keluar dari kawasan. Dengan ruangan parkir yang mampu memuatkan 10 buah kereta dalam satu-satu masa dan sebab itulah perlunya untuk pesakit membuat temujanji supaya tidak mengganggu aktiviti sedia ada.

Klinik Sakit Tuan Malaysia
perkhidmatan IVF

Ibarat seperti hotel, Sophea telah menyediakan segalanya bawah satu bumbung dan pesakit hanya perlu fokus pada matlamat untuk mendapatkan zuriat sahaja. Lain lain ? Serah kan kepada Sophea.

Fertility Centre
Sunfert Fertility Centre

Manalah tahu kalau pembaca blog kakak ataupun ada ahli keluarga dan sahabat handai memerlukan perkhidmatan seperti ini, mungkin link kat bawah ni boleh membantu sedikit sebanyak bagi mencapai informasi yang diperlukan.


BONUS !!


Baru tahu tentang Sophea dan nak cuba ?
Kita tak tau rezeki percubaan tu macamana kan ? Nah !! Kakak belanja DISKAUN 10% sekiranya korang nak berusaha dengan mendapatkan rawatan di Sophea.



SPH01NOV



Menyingkap kembali sejarah Nabi Zakaria yang sangat mahukan zuriat untuk mengisi hari tuanya, kita sebagai makhluk Allah SWT yang sangat lemah sudah semestinya tidak boleh berputus asa dan tetap perlu untuk meneruskan usaha. Dalam masa yang sama, doa dan harapan mestilah disandarkan kepada Yang Maha PEncipta dan redha terhadap apa jua ketentuan dari Nya.


LOVE ;
ATIE ADNAN




2 comments:

  1. Bagi yg belum dikurniakan cahaya mata bolehlah mencuba kan.. Apapun rezeki semuanya di tangan ALLAH, kita usaha dan berdoa ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dik.. selagi boleh berusaha, kita cari jalan lah kan..

      Delete

Powered by Blogger.