VIVO V17 LEBIH TERPERINCI DENGAN SKRIN ULTRA O DAN LIMA KAMERA PADA HARGA RM 1,699.00

Fuhhh— Satu persatu telefon baharu jenama Vivo keluar dan memeriahkan industri - kali ni Vivo memperkenalkan Vivo V17 yang direka khusus untuk mereka yang suka bergambar kerana Vivo V17 mempunyai LIMA kamera !!

Harga Vivo V17

Telah dilancarkan baru-baru ini, Vivo V17 diciptakan dengan Ultra O Screen yang memberikan gambaran luas melampaui imaginasi.


ULTRA O SCREEN VIVO V17



Memberi impak lebih jelas pada skrin yang bersaiz 6.44” FHD+ dengan sentuhan Super AMOLED Ultra O Screen menjadikan veris S17 lebih elegan dan futuristik. Mempertaruhkan LIMA kamera yang dibina dengan 2.8mm rekaan lebar yang lebih luas tanpa menjejaskan setiap ketikan.

V17 Vivo Malaysia

V17 telah menjadi pelopor dalam industri ciptaan Display Fingerprint Scanning Technology dengan densiti pixel algorithm yang lebih sofistikated dan menjadikan V17 antara telefon pintar yang mempunyai ciri keselamatan untuk melindungi data pemilik.




Skrin AMOLED dibina dengan ratio 20 : 9 menapis 42% sinar biru dan memberikan tenaga penuh dengan warna asli tanpa menjejaskan warna subjek. Kiranya kalau korang pakai tudung kuning cair, memang terlihat jelas warna yang sama lah - tak merubah warna asal.



"V17 mewakili pemahaman kami tentang keperluan pengguna hari ini dan inovasi yang 
kami banggakan. Reka bentuk lima kamera dengan Skrin Ultra O membolehkan 
pengguna menghasilkan gambar dan berpengalaman menonton di luar imaginasi.."

- Raymond Lee, Pakar Produk vivo Malaysia



KAPASITI BATERI DAN PERFORMANCE



V17 direka khusus untuk penggunaan sepanjang hari tak kiralah untuk urusan kerja, bersosial ataupun hiburan kerana binaan V17 turut mendapat sokongan perisian Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM + 256GB ROM memberi kelancaran pada setiap penggunaan aplikasi. Bateri 4500mAh dengan teknologi pengecasan pantas dwi-enjin memberi kecekapan pengecasan pantas supaya V17 mencapai pengecasan maksima dalam tempoh masa yang singkat. Dah tak de lah alasan lagi bateri korang kong setiap masa ya.

Ultra O Vivo V17

Seiring dengan permintaan semasa yang membuatkan V17 turut dilengkapi dengan Ultra Game Mode yang menyediakan teknologi pecutan Multi-Turbo secara aktif dan memastikan pengguna menikmati prestasi permainan tanpa lag !! Wah !! Bukan main ya V17. Hee~  Dah tak de lah tersangkut-sangkut masa korang tengah main game ataupun lag terlampau lama. Untuk kepuasan gamers juga, V17 dibina dengan ciri Voice Change yang boleh menukar suara dan memadankan dengan watak-watak dalam game.


KAMERA AI QUAD 48MP



KAKI SELFIE ? Hee~
Bonus untuk korang yang memang suka selfie ataupun wefie sampai penuh skrin. Hahahaha~ V17 didatangkan dengan kamera utama 48MP, kamera Super Wide-Angle 8MP, kamera Macro 2MP dan kamera Bokeh 2MP yang menggunakan algoritma Artificial Intelligence ( AI ) untuk menghasilkan seni fotografi yang sangat jelas walaupun dalam keadaan gelap kerana V17 mempunyai Super Night Mode dan Super Night Selfie.

Latest Tech Blog

Tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Admiral Blue dan Crystal White, Vivo V17 diringkaskan dengan ciri-ciri berikut :

  • Processor : Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-Core
  • RAM : 8GB
  • Storage : 256GB ROM
  • Bateri : 4,500mAh
  • Fast Charging : 9V 2A

  • Sistem Operasi : Funtouch OS 9.2 ( tertakluk kepada Android 9 )
  • Saiz : 16.36cm
  • Berat : 176 gram
  • Skrin : 6.44’ FHD+ – Super AMOLED Ultra O Screen

  • Kamera :
    • Depan : 32MP
    • Belakang : 48MP + 8MP ( Wide-Angle ) + 2MP ( Bokeh ) + 2MP ( Macro )
  • Apertur :
    • Depan : f/2.45
    • Belakang : f/1.8 + f/2.2 + f/2.4 + f/2.4

  • Wi-Fi : 2.4GHz / 5GHz
  • Bluetooth : 5.0
  • USB : Type - C

  • Harga : RM 1,699.00

Malaysian Blogger

Dah ready ? Ha !!
Pergi pre-order dulu sebab Vivo V17 masuk pasaran pada 21hb Disember 2019 nanti !! Hee~ Rebut jangan tak rebut !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


3 comments:

Powered by Blogger.