TUN FATIMAH ; TAAT PADA SULTAN DALAM KEKECEWAAN FITNAH

Kakak mengambil masa beberapa hari untuk menyelak kembali helaian Sejarah lama Melayu Melaka dan terjumpa satu figura yang sangat menarik perhatian kakak iaitu Tun Fatimah yang dikatakan sangat cantik dan lemah lembut tetapi mampu mengoncang keseluruhan negara naungan Sultan Melaka.


Srikandi Tun Fatimah

Tun Fatimah merupakan anakanda bongsu kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang telah berkahwin dengan Sultan Mahmud selepas kesemua ahli keluarga dan suaminya dihukum bunuh kerana fitnah orang.


TUN FATIMAH



Kalau zaman kita sekarang, Bendahara tu sama dengan jawatan Perdana Menteri lah.. Hee~ Takut nanti korang keliru plak.


Tun Fatimah
Kredit Ilustrasi : Saudara Walid


Memiliki paras rupa yang cantik, Tun Fatimah telah ditunangkan dan dikahwinkan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Tun Ali, anakanda kepada Seri Nara Diraja. Namun, pada hari perkahwinan mereka, Sultan Mahmud Syah yang menjadi tetamu kehormat mula berkecil hati dan menanam dendam terhadap Bendahara Seri Maharaja kerana berpendapat Tun Fatimah seharusnya diperkenalkan kepada baginda dan menjadi miliknya.

Seperti kata sebuah syair :



Ma yarji’u al-tarfu ‘ainnuhu ‘inda ru’yatihi
Hatta yu’ ada i-laiya al-tarfa musytaqu

Sultan Mahmud Syah melihat Tun Fatimah tidak berkelipkan kelopak mata dan bertambah dendamnya terhadap Bendahara Seri Maharaja.



Berkira-kiralah hati Sultan Mahmud menjadikan setiap tingkah dan perkataan Bendahari Seri Maharaja menjadi punca segala ketidakselesaannya.

Telah dikisahkan pada suatu hari, Raja Mendaliar datang ke rumah Bendahara bersama Nina Sura Dewana kerana tidak berpuas hati apabila kedainya telah dirobohkan namum mereka diminta pulang kerana hari sudah lewat petang. Tidak berpuas hati dan sedikit bimbang dalam hati, Nina Sura Dewana pergi semula ke rumah Bendahara dengan membawa sepuluh kati emas yang mahu dijadikan hadiah buat Bendahara. Nina Sura Dewana mengatakan bahawa emas tersebut diberikan untuk membeli sireh pinang dan Bendahara menerima dengan baik permbelian tersebut.

Peristiwa tersebut telah dilihat oleh Kitol lalu dia pergi ke rumah Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana telah memberikan emas kepada Bendahara sebagai upah untuk membunuh Raja Mendeliar. Raja Mendeliar terlampau sakit hati dan mempercayai kata Kitol bulat-bulat tanpa mempersoalkan perkara lain lalu menganggap hutang Kitol telah lunas kerana memberitahunya perkara tersebut.

Dalam keadaan marah, Raja Mendaliar telah berjumpa dengan Laksamana Khoja Hassan dengan membawa barang perhiasan dan emas yang banyak - menyatakan kononnya Bendahara telah menempah persalinan emas dan sebuah cerek emas kerana mempunyai niat untuk merampas takhta Melaka. Laksamana Khoja Hassan termakan dengan fitnah Raja Mendeliar dan terus menyampaikan perkara tersebut kepada Sultan Mahmud.

Laksamana Khoja Hassan menghadap Sultan Mahmud dan memberitahu yang Bendahara ingin menderhaka dan mengguling kerajaan sedia ada, Sultan Mahmud murka - dah lah tak kenalkan Tun Fatimah yang cantik kepada baginda, sekarang ni nak derhaka gulingkan kerjaan plak. Panas hati lalu Sultan Mahmud mengarahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara untuk membunuh Bendahara dan ahli keluargnya.

Redha dengan ketentuan dan terpaksa akur, maka jatuhlah hukuman bunuh sehingga mati terhadap Bendahara, Temenggung Tun Hassan dan Tun Ali - suami kepada Tun Fatimah.

Dalam filem Tun Fatimah yang telah dilakonkan oleh Dato Maria Menado menceritakan bahawa Tun Fatimah ingin dipikat oleh Raja Zainal iaitu adinda kepada Sultan Mahmud dan perkara tersebut telah dilihat oleh Raja Mendaliar. Tersebarlah kisah sehingga ke pengetahuan Sultan Mahmud bahawa Raja Zainal mahu memikat Tun Fatimah - wanita iadaman baginda sedari kali pertama bertentang mata. Lalu Sultan Mahmud mengarahkan Raja Zainal dibunuh namun tiada sebarang keterangan tentang Raja Zainal mahu memikat Tun Fatimah dan tiada langsung penjelasan tentang arahan bunuh terhadap Raja Zainal di dalam Hikayat Salatus Salatin.


PERKAHWINAN TUN FATIMAH DAN SULTAN MAHMUD



Pada mulanya pinangan Sultan Mahmud ditolak mentah oleh Tun Fatimah namun dipujuk oleh Tun Busu iaitu sepupu Tun Fatimah yang telah berjanji untuk membantu Tun Fatimah membalas dendam dan mencari siapa dalang disebalik pembunuhan ahli keluarganya.




Mencari mana punca akhirnya tupai yang pandai melompat juga tidak pernah lupakan tanah, siasatan demi siasatan dilakukan untuk mencari dalang dan akhirnya Kitol dan Raja Mendaliar telah ditangkap kerana menyebarkan fitnah tanpa usul periksa. Raja Mendaliar dihukum bunuh dan segala harta bendanya dihapuskan manakala Kitol dijatuhkan hukuman sula bersama isteri dan anak-anaknya. Laksamana Khoja Hassan pula dilucutkan jawatan dan segala kesalahannya tidak akan dimaafkan.



***


Tun Fatimah merupakan isteri kelima Sultan Mahmud dan juga wanita Melayu pertama yang memimpin rakyatnya sekaligus menjadikan Tun Fatimah seorang Permaisuri yang berdaulat dan berkarisma. Tun Fatimah juga merupakan Permaisuri Johor yang pertama yang menggunakan gelaran Permaisuri Tun Kudu.

Kelebihan Tun Fatimah yang sangat handal bermain senjata terutamanya keris dan sering berpakaian seperti lelaki dikatakan pernah membantu Tun Perak ( Bendahara Melaka ) dalam perjuangan mereka melawan Portugis pada awal abad ke-16. Malangnya mereka tewas kerana senjata dan kelengkapan orang-orang Portugis jauh lebih canggih.

Ketika kejatuhan Melaka ketangan Portugis pada tahun 1511, Tun Fatimah telah pun mengasaskan keajaan Melayu Baru Johor - Riau yang meliputi kawasan Johor dan kepulauan Riau sehingga ke bahagian Sumatera dan Kalimantan. Tun Fatimah mencipta perikatan dengan kerajaan sekeliling dengan mengizinkan anak-anaknya berkahwin dengan keluarga-keluarga kerajaan Acheh, Minangkabau dan Kalimantan.

Hasil perkongsian hidup Tun Fatimah bersama Sultan Mahmud, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu :


  • Raja Ala'uddin @ Muzzafar Shah @ Kamal Amirul Ar'Rashid ibni Sultan Mahmud Shah 1499 - 1601( Raja Muda Mahkota Melaka )
  • Raja Raden Ali ibni Sultan Mahmud Shah 1513 - 1564 ( Sultan Johor ke-2 )
  • Raja Puteh binti Sultan Mahmud Shah
  • Raja Khadijah binti Sultan Mahmud Shah


Tiada siapa tahu bila Tun Fatimah mangkat dan di mana pusaranya namun ada catatan sejarawan Melayu Nusantara menunjukkan bahawa batu nisan Tun Fatimah terletak di Kampar, Riau di kepulauan Sumatera, Indonesia.

Hee~
Best plak kan baca sejarah lama sampai terleka dibuatnya.

So !!
Who's next ?


LOVE ;
ATIE ADNAN



22 comments:

  1. Yang batu nisan tu saya ada dengar tapi macam takde tercatat dalam sejarah kan? Saya bab sejarah ni memang out! tapi kalau cite filem lama, saya suka nengok hehehe

    ReplyDelete
  2. subject sejarah tk brp minat tp bila sebut nama TUN FATIMAH tau la..wah skarang dh difilemkan

    ReplyDelete
  3. hari ni kita belajar sejarah ye kakak? best pulak membacanya, banyak benda yang tak pernah tahu pun sebelum ni...sultan mahmud ni antara sultan johor yang paling tak berapa nak pandai tindakan dia kan...

    last2 siapa yang hukum penyebar fitnah tu semua? sultan mahmud jugak ya?

    ReplyDelete
  4. Memang seronok baca sejarah Melayu dahulu khususnya yg berkaitan tokoh2 terkenal waktu tu..

    ReplyDelete
  5. Muka Tun Fatimah macam dalam lakaran kartun tu ker hurrrmmm cantik orangnya patut Sultan sayang hehehe sejarah ramai generasi sekarang tak tahu bagus perkongsian ni macam baca buku sejarah walaupun kita kurang minat subjek sejarah hehehehe..

    ReplyDelete
  6. Fuh khatam baca. Bab bab sejarah Melayu ni memang Mimi suka baca. Kisah hidup Tun Fatimah memang sedih dan sadis angkara fitnah satu keluarga dihukum mati. Kuatnya dia terima ujian tu. Satgi nak baca kisah puteri gunung ledang pulak.. Hehehe..

    ReplyDelete
  7. Srikandi TUn Fatimah.. Rajinnya baca buku sejarah. Baru iena tau Tun Fatimah Permaisuri Johor yang pertama yang menggunakan gelaran Permaisuri Tun Kudu :)

    ReplyDelete
  8. Suka baca kisah-kisah lagenda especially kt negara kita ni. banyak jugak kisah mereka yang berakhir tanpa siapa tahu, kalau matipon kubur dimana.

    ReplyDelete
  9. nice sharing, baru tahu kisahnya bagaimana. kadang banyak fakta sejarah berbeza2 jadi keliru

    ReplyDelete
  10. Bestnya baca pasal tokoh sejarah lama. Seronok baca olahan sis.. Keep it up

    ReplyDelete
  11. Kalau betul² amik tahu cerita² zaman² dulu ni, best sangat. ada macam² pengajaran, ilmu yang boleh kita dapat. Tapi sayangkan,tak ramai yang suka baca sejarah.

    ReplyDelete
  12. tq for sharing this info. nice :)
    pecahkan kotak sejarah aida yg lama tersimpan. terkenang dulu kala belajar di STF. srikandi tun fatimah terngiang-ngiang di telinga :)

    ReplyDelete
  13. Kalau ikut ilustrasi tu memang cantik la Tun Fatimah. Patut la menjadi kegilaan ramai. Rajin Atie menyelak helaian sejarah lama ni tapi bagus juga, seronok baca kisah mcm ni

    ReplyDelete
  14. wah..baca entri ni back to belajar sejarah. Lupa dah sejarah dulu-dulu.

    ReplyDelete
  15. sungguh klasik..sebagai wanita, rasa kasihan dgn Tun Fatimah, tapi mungkin Sultan Mahmud minta maaf dgn Tun Fatimah..fitnah itu bahaya..Sultan Mahmud tu yg kena bunuh, yg femes 'Sultan Mahmud Mangkat di Julang"?

    ReplyDelete
  16. Best sekali sekala baca sejarah dah lama xbaca sejarah melayu, sejarah Tun Fatimah mmg dah lama dikenali sejak bangku sekolah

    ReplyDelete
  17. Tq share blik cerita ni... Bru refresh sejrah2 lama

    ReplyDelete
  18. wah. kdg2 best jugak baca ttg sejarah. rasa mcm nak kembali ke zmn silam nak tgk kehidupan mereka

    ReplyDelete
  19. Yeah..dah lama tak baca pasal sejarah sejarah..cuba nak hadam satu satu nama....
    Nanti next sejarah padal Malaysia lah pulak...pasal Corona...lol...

    ReplyDelete
  20. kagum dengan tun fatimah.sedih ahli keluarga di hukum bunuh..

    ReplyDelete
  21. Teringat cerita dulu dulu Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Suka sangat cerita tu. Zaman skrg tak banyak dha cerita buat pasal raja dulu dulu kan.

    ReplyDelete
  22. wahhh hebatnyaa tun fatimah ni. power, berkarisma tinggi, handal lawan, cantik.. pakej! hehhee.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.