PANTRI KOMUNITI #AyamWithU MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru.


Pantri Komuniti

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. Sebagai contoh, di Kuala Lumpur, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, sebuah rumah transit untuk gelandangan di Jalan Hang Lekiu meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini™.





“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika
Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka
lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care
pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi
kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan
pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini.
Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan
yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami..”


- Pegawai Operasi Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Encik Amir Rudin Bin Abdul Rahman.




Ayam Brands

Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala penghuni yang tinggal di rumah transit ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari. Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.





“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk
sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan
keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan
Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan
budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti.
Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua.."





Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.





“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen
tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami
dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou.
Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima
bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing.
Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’.
Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal..”


- Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.





Anjung Singgah
Ayam With You

Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.


Sumbangan Makanan Kuala Lumpur

Buat masa ini ada 12 lokasi Pantri Komuniti #AyamWithU :


  • Kuala Lumpur : Anjung Singgah
  • Selangor : Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah
  • Perak : Pertubuhan Baitul Aini Ipoh
  • Pulau Pinang : Persatuan Kebajikan Anak-Anak Islam
  • Perlis : Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis
  • Kelantan : Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan
  • Terengganu : Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah
  • Pahang : Baitul Husna Bukit Sekilau
  • Johor : Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru
  • Negeri Sembilan : Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan
  • Sabah : Rumah Anak Kesayangan
  • Sarawak : Rumah Amal Nur Murni


AYAM BRAND™



Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.


Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari
https://www.ayambrand.com.my.


LOVE ;
ATIE ADNAN


7 comments:

  1. Tahniah ayam brand jalankan program membantu mereka memerlukan. Sejak pkp ni, ramai yang terkesan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Inisiatif yang bagus daripada Ayam Brand

    ReplyDelete
  3. nanti kita cari tempat yang terdekat.... moga bermanfaat pada yang lain

    ReplyDelete
  4. Bagus ada aktiviti beri makanan kepada mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  5. Dah tau mana tempat Pantri, lepas ni senang nak tuju nak hantar sumbangan kan...tahniah buat Ayam Brand..

    ReplyDelete
  6. usaha yang murni.... clap clap clap!

    ReplyDelete
  7. wah
    aku ingat ko buat sandwich ker pergi hantar tadi
    hehehe
    apa2pun memang program yang sangat bagus daripada Ayam Brand
    harap diteruskan sentiasa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.