INSIGHT SENSITIVE, RANGKAIAN PRODUK KESIHATAN RAMBUT UNTUK KULIT SENSITIF

Menjadi seorang wanita yang hampir setiap hari mengenakan hijab menjadikan kakak seorang yang sangat skeptikal tentang produk penjagaan rambut sehinggalah kakak ditawarkan untuk menggunakan rangkaian produk INSIGHT Sensitive khusus untuk mereka yang berkulit sensitif.


Syampu Untuk Kulit Sensitif

Sehingga ahli falsafah pun memberi kata sama rambut adalah mahkota, rosaknya mahkota apa pula nak jadi pada kita ? Hee~ Tak pe. Masih belum terlambat untuk merawat senyap senyap dan nikmati hasilnya.


SYAMPU UNTUK KULIT SENSITIF


Kakak memang tak de masalah kulit kepala yang sensitif seperti ekzema, psioriasis ataupun kelemumur tapi kalau kakak tersalah guna syampu, memang terasa rengsa kat kulit. Macam panas, tegang gitu. Ye lah. Sebelum nak dapatkan yang sesuai, jenuh juga mencuba pelbagai jenama. Disebabkan kakak dah guna, kakak pun kena lah ambil peduli tentang kandungan produk ni. Hee~ Tak nak jadi sekadar disuap untuk kenyang tapi kita nak kenyang bersama khasiat apa yang disuap.


Gittew--


Haircare Treatment

Untuk rangkaian INSIGHT Sensitive ni ada syampu dan juga perapi tapi kalau nak ekstra boleh je tambah hair mask. Tak kisah lah mana-mana sebab secara keseluruhannya fokus INSIGHT Sensitive adalah tidak merangsang nyeri pada bahagian kulit yang sensitif termasuklah dikepala dan juga bahagian lain. Ia diperbuat dari bahan-bahan organik seperti ekstrak labu dan juga quncie dan selebihnya adalah bahan-bahan yang menjadi penggalak untuk menghasilkan syampu.


INSIGHT Haircare Treatment

Uniknya INSIGHT Sensitive ni, kita boleh guna untuk seisi keluarga termasuklah anak-anak kecil seawal usia 3 tahun kerana ia telah menjalani ujian Nikel dengan hasil kajian menunjukkan INSIGHT Sensitive mempunyai bacaan dibawah 0,5 Nikel dan ia menepati menepati piawaian Eropah EN 1811. Ujian Nikel ini telah direka untuk menilai sama ada ia mematuhi keperluan EU Niclkel Directive.


Ia juga telah diuji secara dermatologi untuk kulit sensitif.
Best kan ?
Nak lagi best ?


Best Shampoo For Sensitive Skin

INSIGHT Sensitive juga telah mendapat kelulusan dari ICEA iaitu sebuah konsortium melibatkan institusi, persatuan, syarikat dan organisasi yang telah mempromosikan pembangunan pertanian organik. Sekiranya sesuatu produk mempunyai logo dan dicop ICEA, ia bermaksud produk tersebut disahkan dan diperakui organik.


  • Bebas dari bahan pewarna sintetik
  • Bebas SLS / SLES
  • Bebas Paraben dan MT
  • Bebas Alergen
  • Bebas minyak mineral dan petroleum
  • Tanpa Silikon

Tetiba rasa selamat nak guna produk INSIGHT ni. Hee~ Iye lah. Ada anak kecil dan dengan keadaan persekitaran sekarang ni, rasa dah boleh mula berubah secara perlahan dengan mempelbagaikan produk-produk organik. Nais kan idea kakak ?


Sebotol INSIGHT Sensitive ni boleh digunakan seisi keluarga bermakna, satu keluarga satu syampu sahaja. Tak payah nak beli banyak-banyak sampai penuh rak. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif mungkin disekitar kepala ataupun kulit muka. Ye lah. Bila syampu rambut, mesti sedikit sebanyak syampu akan terkena pada muka. Kan ? Bila guna bahan organik, tak payah dah nak risau.


Berminat sangat kan ?
Hee~


Maklumat lanjut untuk pelbagai produk penjagaan rambut, korang boleh layari :

Atau dapatkan diShopee :


Anas meriwayatkab bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
“Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit diciptakan bersekali ubat maka berubatlah.”
( Riwayat Ahmad )

5 comments:

  1. First time actually dengar pasal product ni. Tpi packaging dia pun nmpk convincing.. Bleh consider guna la insight ni.. Mana tau lgi elok rmbut skrg. Since tgh process healing jugak ni

    ReplyDelete
  2. First time actually dengar pasal product ni. Tpi packaging dia pun nmpk convincing.. Bleh consider guna la insight ni.. Mana tau lgi elok rmbut skrg. Since rambut pun tgh process healing jugak ni

    ReplyDelete
  3. syampu untuk sensitive scalp ni jarang laa org ambik tau. boleh try ni since i banyak gila kelemumur n dry scalp

    ReplyDelete
  4. mcm best je untuk sensitive scalp. boleh try ni

    ReplyDelete
  5. korang lepas pakai syampu ni kering kan rambut guna pansonic hair dryer, mesti lagi lembut rambut

    ReplyDelete

Powered by Blogger.