K-CRUNCH SARANG-K MARRYBROWN, INSPIRASI CITARASA KOREA
Khas pencinta makanan, sekali lagi untuk anda memulakan pengembaraan Around the World sambil berSarang-K bersama Marrybrown, Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar dan paling popular di Malaysia. Tersedia di semua cawangan Marrybrown di seluruh negara, rakyat Malaysia kini boleh mengucapkan annyeong dengan menu K-Crunch Marrybrown - hidangan berinspirasikan Korea yang akan menggamit selera dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis.
“Budaya moden Korea semakin mendapat tempat di Malaysia. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat menemui cara tersendiri untuk merakam detik-detik manis K-pop. Sama seperti rakyat negara yang mengintegrasikan budaya Korea, kami di Marrybrown turut dipengaruhi gelombang Hallyu dalam penyediaan makanan dengan sentuhan tempatan untuk menjadikannya lebih menarik," kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
Seperti budaya K-Pop yang menarik dan mengasyikkan, menu K-Crunch merupakan hidangan sensasi yang diperbuat dari bahan-bahan berkualiti untuk menghasilkan citarasa sentuhan Korea dengan sempurna. Penggemar kini boleh seakan merasakan keindahan Seoul hanya dengan menikmati hidangan K-Crunch Chicken Combo yang didatangkan dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan, harga bermula dari RM20.90. Bagi penggemar burger, dapatkan kelazatan K-Crunch Chicken Burger Combo yang dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz, harga bermula dari RM16.90.
Sebagai
alternatif, jika anda meinginkan hidangan menyelerakan dengan sedikit kelainan, Kimchi
Rice Bowl Combo yang berharga dari RM13.10 adalah pilihan yang terbaik. Hidangan
yang dilimpahi dengan Sos K-Crunch yang pedas dan manis akan membuat anda
meminta lagi! Jika anda mahu menikmati kesemua menu, K-Crunch Box Meal adalah
pilihan yang ideal! Dengan harga bermula dari RM26.50, lengkap
dengan K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken
Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz. Peminat juga boleh menambah K-Crunch
Chicken Dumpling and Cheesy Sausage yang berharga dari RM7.90 untuk hidangan
yang lebih memuaskan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan
perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:
LAMAN WEB | FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE
No comments: