SAYAP BAGIMU, DRAMA 13 EPISOD PERTAMA AEON

Minat dengan Alif Satar dan Siti Nordiana ? Ya !! Korang kena tonton drama 13 episod gandingan mereka berdua sebagai watak utama dalam SAYAP BAGIMU yang merupakan drama pertama keluaran AEON Co. (M) Bhd. untuk menyampaikan kisah-kisah di AEON sepanjang musim pandemik yang lepas.


Sayap Bagimu AEON


Majlis tayangan gala drama ini telah diadakan di TGV, AEON Mall AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur bersempena sambutan ulangtahun AEON yang ke-38 bertemakan "SAYAP BAGIMU", iaitu intrepretasi kesungguhan AEON memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan inklusiviti serta kelestarian ekosistemnya.

Memilih Sayap Bagimu sebagai tajuk, AEON mengambil inisiatif melestarikan negara dimana aspirasi Sayap Bagimu ialah menyokong antara satu sana lain untuk mengembangkan sayap dan terus bergerak ke hadapan bersama-sama tanpa meninggalkan ahli kumpulan yang lain. Berkisarkan tentang cabaran, tekanan dan sokongan yang dihadapi di tempat kerja demi memajukan diri dan syarikat, drama ini mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengembangkan sayap potensi pada diri masing-masing untuk mengejar impian.

Drama Sayap Bagimu


"Penglibatan AEON di dalam industri pembikinan drama ini merupakan satu yang baharu untuk kami namun AEON yakin pendekatan ini mampu memberikan impak positif dalam memperkasakan operasi syarikat dan untuk terus merapatkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggan. Kami di AEON amat bersyukur dengan setiap kejayaan yang dikecapi oleh syarikat yang disokong oleh kesetiaan pelanggan selama 38 tahun. Kejayaan syarikat yang juga didukung kuat Kerajaan membolehkan kami untuk terus memacu setiap usaha kami ke hadapan.."

-- Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON


Drama ini juga merupakan tanda penghargaan dan terima kasih dari AEON terhadap kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dari pelanggan, rakan niaga dan kesemua pemegang taruh yang telah menjadikan AEON sebagai jenama peruncit pilihan dan tempat membeli belah serta lokasi santai bersama keluarga.


Selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) diterjemahkan dalam Sayap Bagimu supaya mesej positif yang disampaikan mampu memberi inspirasi kepada penonton dengan menekankan beberapa aspek UNSDG iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG3) - memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan bagi setiap lapisan umur serta Pembangunan Ekonomi dan Pekerjaan Yang Baik (SDG8) - menggalakkan pertumbuhan ekonomi berterusan, inklusif dan mampan, guna tenaga penuh dan proaktif serta kerja yang bersesuaian untuk semua.


AEON Sayap Bagimu


Sayap Bagimu telah mula ditayangkan dilaman Youtube AEON Malaysia bermula 13hb Oktober 2022 pada jam 6 petang ini mempunyai 13 episod dan setiap episod baharu akan dimuatnaik pada setiap minggu.


Drama Sayap Bagimu
Sinopsis Sayap Bagimu
Sayap Bagimu AEON
Sayap Bagimu


PELAKON SAYAP BAGIMU

Alif Satar - Alif Adnan
Siti Nordiana - Siti
Mark Adam - Mark
Dato'Sri Eizlan Yusof - Eizlan
Izzue Islam - Izzue
Siti Shahiedatul Shareena - Shareena
Intan Ladyana - Intan
Aznie Azmi - Aznie
Vince Chong - Vince
Theinusha - Geetha
Jag Wong Kai Seng - Keong
Wan Syamil - Jay
Shahrul - Along
Fazlinda Abu Bakar - Auntie Sophia
Aida Aris - Tengku Aida


Pengambaran yang mengambil masa selama lebih dua tahun dari awal musim pandemik Covid-19 hingga kita di Malaysia melalui fasa endemik, akhirnya membuahkan hasil yang sangat manis bila episod pertama Sayap Bagimu mencatat lebih dari 5,000 tontonan di Youtube saat entri ini diterbitkan. Cayalah !!


Korang belum tengok ?

Boleh klik sini --> SAYAP BAGIMU


No comments:

Powered by Blogger.