SEMUA LAYAK UNTUK CANTIK ; KIKIS ILMU SUE MELATI DENGAN PRODUK DWI FUNGSI

by - January 17, 2018

yang namanya wanita itu perlu cantik dan tampil kemas selalu.. hee~ betul tak ? wanita mana yang suka comot comot dengan parut jerawat merata kat kulit muka.. kan ? haa.. sebab tu la kelas-kelas mekap yang dianjurkan pelbagai pihak / agensi sering menjadi tumpuan wanita.. em.. mungkin misinya bukan sekadar cantik, tetapi untuk mencantikkan orang lain juga.. sama macam make-up artist ( MUA ) yang terkenal nan seorang ini, mengambil inisiatif melalui kelas mekap mengajar wanita men-transformasi diri menjadi lebih cantik dari yang sebelumnya..

kelas_mekap_sue_melati

nama Sue Melati bukan lagi asing dalam industri ‘kaler kaler’ muka ni dengan pengalaman selama bertahun-tahun dan menjadi tenaga kerja disebalik rancangan televisyen popular di Malaysia seperti NONA dan Wanita Hari Ini mengaplikasi ilmu beliau untuk wanita kat luar sana dengan tagline "ZERO BASIC TO ADVANCE” menjadikan kelas mekap Sue Melati antara pilihan terbaik..

dengan hasil didikan dari Sue Melati, pelajar bukan sahaja dapar grooming diri sendiri tapi boleh mulakan kerjaya sebagai jurumekap bertauliah kerana Sue Melati sendiri akan keluarkan sijil untuk para peserta yang menghadiri kelasnya.. wah !! lepas ni lebih ramai Sue Melati akan lahir lah ye.. hee~ dengan teknik profesional yang diajar, kakak rasa tak susah untuk semua wanita tampil cantik sekaligus menambah keyakinan diri.. tak de la muka tu kusam semacam jek.. hee~

MUA_sue_melati
datang bawak diri jek.. semua kelengkapan disediakan..
sue_melati_foundation
tak faham ; tanya.. hee~ depan depan beliau ajar kitorang tau siap tarik model lagi ha..

TEKNIK SOLEKAN YANG BETUL

biasa kalau amatur akan belajar dari Youtube, tapi kalau professional akan belajar dari guru yang PRO jugak.. antara teknik yang diajar oleh MUA Sue Melati adalah seperti :

  • teknik blend eyeshadow dengan cara yang betul
  • teknik membentuk kening
  • teknik contuor
  • teknik memilih foundation mengikut warna kulit
  • tips mekap tahan lama
  • jenis-jenis dan kegunaan berus mekap


korang cuma daftar dan datang kelas bawa diri jek.. hee~ sebabnya semua akan disediakan termasuklah makan tengahari korang nanti.. bestkan ? ilmu dapat – sijil dapat – makan pun dapat..

kelas_mekap_MUA_sue_melati
antara graduan kelahiran MUA Sue Melati
beliau yang giat menjalankan kelas-kelas mekap mengikut permintaan semasa sering membuat tour satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.. oh !! tidak dilupakan juga buat warga Brunei Darussalam kerana team Sue Melati juga kerap ke sana untuk mengadakan kelas-kelas mekap.. nah !! cantik bukan lagi mustahilkan ? kan ? semua pun boleh cantik setanding artis.. a.. gittew--

MUA SUE MELATI

nah !! dah jadi trend semua orang pun nak jadi founder untuk produk sendiri.. kan ? hee~ tapi confirm ke produk yang korang keluarkan tu ada kualiti dan mampu memberi manfaat untuk pengguna ? kalau tak de, hentikan lah.. dan cari produk yang betul betul berkualiti setanding jenama dan namanya dipasaran.. sama macam rangkaian jenama Sue Melati yang turut memperkenalkan foundation dan serum yang mengandungi vitamin E.. haa.. mesti korang tak tau kan ada produk yang mampu mencantikkan disamping merawat masalah kulit..

bukan nak fikir cantik jek tapi pemilihan produk yang berkualiti juga penting tau.. dan rangkaian produk dari MUA Sue Melati ni :

  • tidak mengandungi merkuri, hidrokuinon dan paraben
  • mendapat kelulusan dari KKM
  • 100% dijamin berkualiti tinggi dan original
  • kaya dengan vitamin E yang membantu merawat masalah kulit

produk_MUA_sue_melati

penting ke nak guna foundation dan serum untuk tujuan mekap mekap ni ? mesti korang tertanya-tanya kan ? dah tentulah penting nokkkk.. serum berfungsi melembabkan kulit dan merawat masalah kulit dan fungsi foundation adalah melitupi cela pada wajah dan membuatkan solekan tahan lebih lama..

ha ?

ye ke ?

YA !!

dengan kualiti asas yang baik akan menghasilkan solekan yang baik juga.. setuju ? hee~ kena la setuju sebab itu memang faktanya.. apa yang bestnya produk keluaran MUA Sue Melati ni ? kenapa la beriya kakak nak share pasal produk beliau ni ? haa.. ni nak bagitau korang la ni..

FOUNDATION SUE MELATI

antara yang menjadi tarikan kakak, bila kakak tau yang foundation MUA Sue Melati ni mengandungi pati aloevera – sakura dan vitamin C dan E membuatkan kakak lebih jatuh cinta.. hahahah~ ye la.. serba tahukan berapa lama kulit muka kakak breakout sebab tersalah pilih produk.. huu~ merana weyh.. tak sanggup rasanya nak cuba cuba lagi.. disebabkan kandungan yang berkualiti, foundation ni juga mampu :

  • membantu memudarkan parut jerawat
  • membantu mengecutkan jerawat
  • membantu mengecilkan liang pori
  • memutihkan kulit
  • anti-aging
  • sesuai untuk kulit yang berminyak dan kulit normal
  • sangat sesuai untuk semua tona kulit wanita Asia

didatangkan dalam bentuk liquid likat, pakai sikit pun dah boleh cover satu muka.. fullcoverage gittew-- nah !! jimat la kalau gitu kan ? boleh tahan berbulan bulan kalau kakak yang guna.. hee~

SERUM PENAIK SERI WAJAH SM

tanpa serum, tak jadi mekap weyh.. hee~ dan sebab tu la serum ini dinamakan PENAIK SERI WAJAH.. best ? eh !! dah tentulah, sebab ia mengandungi :

  • anti-bakteria
  • anti-biotik kulit
  • anti-oksida
  • anti-inflamasi

dan kelima-lima ANTI tersebut membantu merawat kulit wajah dalam diam.. haa.. sambil ngko bercantik cantik, sambil kulit dibaik pulih.. best ke best ?

nak tengok kakak main kaler kaler ni ? hee~ walaupun tak pakar lagi, walaupun kekok gile yakmat.. serum dan foundation dari MUA Sue Melati ni buat kakak nampak ‘berbeza'’.. haa.. jangan main main dengan kakak, walaupun pakai berus bukan pada fungsinya, tetap cantik nokkkk ** lantaksitu !! **



kalau korang mencari kelas mekap dan timba pengalaman dari MUA ternama Malaysia ni, korang boleh singgah dekat link yang kakak bagi kat bawah ni..


yang mana kulit muka breakout disebabkan salah pilih produk mekap, kakak cadangkan korang beralih kepada jenama Sue Melati ni ** wink wink **


You May Also Like

20 comments

  1. Bestnya entri atie... terutama mengenali berus make up tu. Dapat sikit pengetahuan akak kat situ sebelum ni zero. Tq atie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. sama jek kite kak.. sebelum ni atie lagi rela hiking dari main mekap tau.. hee~ terima kasih sudi singgah kak.. nanti atie balas semula ya..

      Delete
  2. Huhuhu rugi xpergi kelas sue melati... apa2 pun mmg channnnsssss sgt... cer bg secoet pondation tuuuuu

    ReplyDelete
  3. Macam menarik kelas ni. Kinah suka main mekap-mekap ni cuma belum ada kesempatan lagi nak pergi. Bagusnya siap ada produk sendiri lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kinah !! kakak tak biasa mekap mekap ni, terasa pelik macam pakai topeng kat muka.. tapi sesekali nak jugak cantik macam model.. hee~

      Delete
  4. Cantiknya entry dia... tersusun je. Gambar2pun cantik dan manis macam tuannya... serius ni. Nampak mummy happy?? Dah 2 kali komen tp tk nampak mana?

    ReplyDelete
  5. Alaaa :( Kenapa rasa tergoda tengok foundation dengan serum tu? Dah makin tua ni obses pulak dengan barang macam ni. Hahahaha! Teringin nak belajar mekap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kan !! akak dah masuk 30's baru terhegeh hegeh nak main kaler kaler ni.. segan jek rasa.. eh !! Sue Melati pun ada buat kelas tau.. nanti awak join la..

      Delete
  6. Eh kak atie suka tak foundation ni? I suka sangat tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka sebab dia pekat, jimat.. tapi kena mix dengan FD lain yang tona lebih gelap.. hee~ kena la keluarkan duit lain..

      Delete
  7. Tak rugi gi kelas ni... So kite tau teknik dan step yang betul... 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ayu.. hee~ kalau tak main tibai jek nak tepek ape dulu, ni dah dapat step.. kalah dah Neelofa..

      Delete
  8. Wah...stir you look different..cun!

    ReplyDelete
  9. bolehlaaa ajar kite mekap plak lepas ni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak siti oooiiiii.. tak reti la kakak nak mengajar awak deekkkkk.. awak join la kelas mekap Sue Melati ni.. hee~

      Delete
  10. Kak atie. Banyak gelak je kan kelas mekap ni. Sebab cikgu dia sempoi. Siap datang kat kita ngajar tu. Bestttt MUA Sue Melati ni

    ReplyDelete
  11. tu diaaa. terus nampak muda 15 tahun lepas makeup pakai fd ni ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...